Terry sertai Aston Villa

0
30



BEKAS kapten Chelsea John Terry hampir pasti beraksi bersama Aston Villa dan akan menyertai kelab Birmingham itu dalam masa beberapa jam lagi.

Terry bersetuju menandatangani kontrak selama 12 bulan bersama Villa demi masa depan melanjutkan karier permainan dengan menyertai Liga Kejuaraan.

Dia akan menyertai kelab dibimbing Steve Bruce selepas menolak sekurang kurangnya 10 tawaran daripada kelab lain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Turki.

Terry, juga bekas kapten England, 36 menerima tawaran daripada kelab seperti Galatasaray, West Bromwich Albion (WBA) dan Swansea tetapi mahu menyertai Villa selepas mengadakan perbincangan lanjut bersama kelab itu sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan kontraknya bernilai £60,000 seminggu (RM335,000) dengan bonus membabitkan pakej keseluruhan melebihi £4 juta pound (RM22.3 juta) setahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2017 @ 2:47 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here