Terus Mencintai oleh Siti Nordiana 'menggigit'!

0
17

KUALA LUMPUR: Mendapat lebih 6.7 juta tontonan di Youtube, lagu Terus Mencintai oleh Siti Nordiana ada sejuta satu rahsia tersimpan di dalamnya.

Lagu ini mendominasi carta Top Top 50 di Raku.my minggu ini sekali gus menjadi melodi yang paling didengari sepanjang minggu ini di aplikasi tersebut.

Ia mula ditulis dan digubah sendiri oleh penyanyi yang mesra dengan panggilan Nana ini pada tahun lalu.

“Saya ambil masa lama sebab sibuk berlakon, saya rekod melodinya melalui smartphone” katanya semasa berbual bersama Wartawan Astro AWANI, Israr Khalid.

Menurutnya, lagu ini disulam pelbagai rasa yang menyerlahkan perjalanan kisah cintanya sebelum ini.

“Jadi, mungkin ramai yang senasib dengan saya dan saya apply di dalam lirik Terus Mencintai,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here