Tesco lepasi sasaran Dana Bulan Bermakna

0
40

KUALA LUMPUR: Tesco Malaysia melebihi sasaran kutipan RM700,000 Dana Bulan Bermakna untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik kepada RM762,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata, ia membuktikan keprihatinan rakyat negara ini dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Kita dapat memberi kesan positif pada rakyat tempatan bukan hanya dengan menjual barang yang berkualiti pada harga yang berpatutan, menjana peluang pekerjaan dan juga mengurangkan kesan pemggunaan pada alam sekitar.

“Ini adalah usaha-usaha untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Menerusi kerjasama kerajaan dan swasta juga, kita dapat menyumbang dalam sektor pendidikan. November lalu, kita daftar sebagai ahli Yayasan PINTAR dan mengangkat sekolah-sekolah yang berdekatan dengan pasaraya, pusat pengedaran dan ibu pejabat kami,” katanya semasa berucap di Majlis Penutup Kempen Dana Bulan Bermakna di sini hari ini.

Pada majlis sama Paul turut menyerahkan replika cek bernilai RM762,000 kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

Program Sekolah Angkat Tesco- PINTAR merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Tesco Malaysia bagi menyumbang kepada komuniti setempat.

Ia merupakan sebuah program untuk memperkasakan kanak-kanak sekolah di mana Tesco akan membantu sekolah-sekolah angkat ini meningkatkan prestasi sekolah dengan pelbagai aktiviti kokurikulum serta akademik.

Tambah Paul, kempen seumpama itu akan diteruskan pada masa hadapan demi membantu pelajar sekolah yang memerlukan.

Dana Bulan Bermakna Tesco merupakan sebuah kempen oleh Tesco Malaysia sempena bulan Ramadan dan Syawal bagi mengumpul dana menerusi hasil jualan barangan jenama Tesco di semua pasaraya Tesco di seluruh negara.

Ia berlangsung dari 11 Mei sehingga 12 Julai lepas dan dana yang terkumpul akan disalurkan kepada 600 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari sekolah-sekolah angkat Tesco Malaysia.

Kempen ini juga merupakan sebuah platfom untuk para pelanggan Tesco menyumbang dan memberi harapan kepada kanak-kanak sekolah yang mengalami kesempitan hidup tidak kira di bandar mahupun luar bandar.

Dengan kempen ini, Tesco menerusi pembelian barangan jenama Tesco. 0.5 peratus dari hasil jualan barangan jenama Tesco bermula 11 Mei sehingga 12 Julai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here