Tetap menarik tanpa Ronaldo, Ibrahimovic

0
17
Advertisement



SKUAD All-Star Liga Bolasepak Utama (MLS) dan kelab gergasi Itali, Juventus masih dibarisi pemain berkualiti pada pertembungan pramusim, di Atlanta esok sekalipun tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic.

Ketika jentera serangan All-Star MLS akan dijana pencetak gol kelab Atlanta United, Josef Martinez, Juventus turut membariskan pemain ternama seperti bintang tengah Jerman, Sami Khedira.

“Kami turut kecewa dengan ketiadaan Ronaldo di sini,” kata pengurus Juventus, Massimiliano Allegri.

“Perkara yang sama juga mengenai (Gonzalo) Higuain, (Paulo) Dybala, (Juan) Cuadrado, (Rodrigo) Bentancur dan Douglas Costa tapi mereka bermain di Piala Dunia dan memerlukan sedikit rehat.”

Penjaga gol Atlanta, Brad Guzan mengakui kecewa tidak dapat bertemu dengan kapten Portugal itu.

“Jelas mereka ini adalah pemain bertaraf dunia,” kata Guzan. “Apa yang saya boleh katakan kami teruja dengan peluang untuk bermain menentang kelab penuh bersejarah ini.

“Bersama atau tanpa mereka, ia tetap akan menjadi perlawanan yang sukar. Kami mengetahuinya. Jelas, dengan nama mereka saya sudah memberi begitu banyak tumpuan.

“Ia mungkin sesuatu yang amat menyedihkan kepada orang di luar tapi bagi saya secara peribadi, harapnya ia menjadi malam yang mudah.”

All-Star MLS turut kehilangan beberapa nama besar seperti penyerang Los Angeles Galaxy yang juga bekas pemain Manchester United, Ibrahimovic yang dilaporkan kepenatan dan pemain New York City FC, David Villa (kecederaan).

Namun dipercayai lebih 70,000 peminat yang akan memenuhi Stadium Mercedes-Benz tetap akan terpesona tatkala Martinez ketika ini sudah menjaringkan 24 gol dalam 23 perlawanan dan mampu memecah rekod jaringan MLS, 27 gol semusim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here