TFCII bubar?

0
11
Advertisement



KUALA TERENGGANU: Masa depan Terengganu FC II (TFCII) ibarat telur di hujung tanduk apabila berkemungkinan dibubarkan selepas tersingkir ke Liga FAM musim depan.

Nasib skuad yang sebelum ini dikendalikan jurulatih Mustaffa Kamal Abd Wahab akan diputuskan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Rabu depan.

Kedudukan pasukan itu untuk bersaing dalam Liga FAM akan diputuskan pada mesyuarat PBSNT yang akan dipengerusikan Menteri Besar yang juga Presiden baharu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kerajaan negeri belum membuat keputusan sama ada untuk terus mengekalkan skuad menghadapi persaingan dalam liga FAM musim depan.

“Kerajaan negeri akan menerima apa juga keputusan mengenai kedudukan pasukan yang akan bersaing mengharungi Piala Cabaran kepada Dr Ahmad Samsuri,” kata Wan Sukairi.

“Walaupun kerajaan negeri terkilan dengan prestasi pasukan TFC II, saya berpandangan perbincangan perlu dilakukan sebelum tindakan drastik bagi menentukan kedudukan pasukan itu musim depan dilakukan.”

Wan Sukairi mengakui ada menerima pandangan daripada penyokong bola sepak di negeri ini supaya kerajaan membubarkan pasukan itu dan hanya memberi tumpuan kepada pasukan Liga Super bimbangan ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim.

Katanya, mesyuarat dan perbincangan bagi menentukan kedudukan serta nasib pasukan TFCII untuk mengharungi cabaran musim depan akan dilakukan secara terperinci.

“Saya secara peribadi mengakui pasukan itu mempunyai pemain yang setaraf dengan pemain beberapa pasukan Liga Super, sebab itulah sebelum sebarang tindakan dilakukan, kita perlu mengambil kira pelbagai sudut terutamanya mencari punca utama sehingga menyebabkan skuad yang bakal dibimbing Tengku Hazman Raja Hassan tersingkir ke persaingan Liga FAM musim depan.

“Saya menerima banyak aduan termasuklah tindakan PBSNT tidak membenarkan skuad TFCII bersaing dalam Liga Super musim lalu walaupun pasukan itu layak,” katanya yang turut merasakan tindakan itu antara punca TFCII seperti hilang arah musim ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here