Thaad beroperasi beberapa hari lagi

0
61



Washington: Sistem antipeluru berpandu Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (Thaad) mula dipasang di kawasan bekas padang golf di selatan Seongju, Korea Selatan hari ini dan akan beroperasi dalam tempoh beberapa hari lagi.

Sistem itu dijangka mampu mempertahankan Korea Selatan jika diserang dengan peluru berpandu Korea Utara.

Ketua Pusat Perintah AS di Pasifik Laksamana Harry Harris berkata, pihaknya juga kini menimbang untuk memasang penangkis peluru berpandu baru di Hawaii, yang mungkin menjadi sasaran peluru berpandu Korea Utara.

“Saya sudah mencadangkan kita meletakkan penangkis (peluru berpandu) di Hawaii,” katanya kepada Jawatankuasa Senat Perkhidmatan Bersenjata.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Korea Selatan hari ini berharap sistem antipeluru berpandu THAAD dapat beroperasi secepat mungkin.

Sebelum ini, Washington dan Seoul bersetuju untuk memasang sistem itu pada Julai berikutan Korea Utara sering melakukan ujian peluru berpandu.

Penempatan THAAD telah menaikkan kemarahan China, yang takut ia akan melemahkan keupayaan sendiri balistik dan berkata ia mengganggu keseimbangan keselamatan serantau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here