Thailand, Indonesia, Malaysia tangguh eksport getah asli sehingga Mac 2018

0
79
Advertisement

KUALA LUMPUR: Thailand, Indonesia dan Malaysia memberi jaminan untuk menangguhkan serta-merta eksport 350,000 tan getah asli sehingga Mac 2018 mengikut rangka kerja Skim Jumlah Eksport Yang Dipersetujui (AETS) Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC).

International Rubber Consortium Ltd (IRCo) berkata, komitmen itu dibuat semasa Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ITRC pada 22 Dis, 2017 di Bangkok, Thailand dan akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemantauan dan Pengawasan ITRC.

“AETS akan dilaksanakan menerusi pengawalseliaan dalam negara masing-masing termasuk menyelesaikan komitmen perniagaan di bawah kontrak hadapan sedia ada.

“Thailand, Indonesia dan Malaysia juga akan bekerjasama untuk mempertingkatkan penggunaan getah asli di peringkat domestik.

“Ini termasuk penggunaan getah asli dalam pelbagai sektor seperti pengangkutan, infrastruktur, sukan, pertahanan, barangan kesihatan dan pengguna, pembinaan jalan raya getah, pad rel untuk pembinaan landasan kereta api, dapra limbungan, dan bidang lain yang sesuai,” menurut IRCo.

IRCo berkata, Thailand, Indonesia dan Malaysia yakin dengan pelaksanaan bersama langkah-langkah tersebut, harga getah asli akan pulih selain terus adil dan saksama kepada semua pekebun kecil getah dan pihak berkepentingan lain dalam industri itu.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here