Thailand setuju permintaan Yangon rujuk Rohingya sebagai 'Benggali'

0
41

BANGKOK: Thailand bersetuju dengan permintaan Myanmar’ untuk merujuk kumpulan minoriti Rohingya di negara jiran itu sebagai “Benggali”, menurut Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan hari ini.

Permintaan itu dibuat oleh Myanmar semasa lawatan Pemerintah Tertingginya Jen Min Aung Hlaing ke Bangkok untuk mesyuarat Jawatankuasa peringkat Tinggi (HLC) minggu lepas.

“Benggali, berikutan lawatan pemerintah tertinggi Myanmar Jen Min Aung Hlaing ke sini (minggu lepas), mereka meminta kami memanggil (merujuk) komuniti (Rohingya) sebagai Benggali,” kata beliau ketika ditanya mengenai keputusan Thailand berhubung permintaan Myanmar.

Ketika ditanya sama ada kerajaan Myanmar memberitahu sebab bagi membuat permintaan itu, Prawit yang juga Menteri Pertahanan mendakwa beliau tidak tahu dan cuma berkata, “Itu alasan mereka, bagaimana saya tahu.”

Komuniti Rohingya menentang sebarang percubaan terutama dari kerajaan Yangon untuk memanggil mereka “Benggali”, yang merujuk kumpulan minoriti itu sebagai pendatang dari Bangladesh walaupun kebanyakan daripada mereka tinggal di Myanmar sejak beberapa generasi.

Aung Hlaing, yang mengepalai “Tatmadaw” atau tentera Myanmar seperti dikenali berada di Thailand minggu lepas untuk menghadiri mesyuarat HLC antara kedua-dua angkatan tentera.

Semasa di Thailand, beliau juga bertemu dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha dan memberi taklimat mengenai situasi terkini di Negeri Rakhine, menurut media tempatan yang melaporkan mengenai mesyuarat tersebut beberapa hari lalu.

Aung Hlaing melakukan lawatan ke Thailand ketika insiden mengenai keganasan terbaharu di Negeri Rakhine meningkat dan menurut laporan keganasan itu menyebabkan pelarian termasuk beribu-ribu pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak menyeberangi sempadan dan berlindung di kem-kem pelarian dekat sempadan Myanmar-Bangladesh.

“Tatmadaw” yang mempunyai m empunyai pengaruh yang kuat ke atras kerajaan telah dipersalahkan bagi kekejaman ke atas masyarakat Rohingya.

Sementara itu, Prawit berkata beliau yakin bahawa pelarian Rohingya tidam akan menyeberangi sempadan Thailand untuk melarikan diri daripada kegenasan terbaharu tetapi sebaliknya akan memasuki sempadan Bangladesh.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here