#ThanosDemandYourSilence: Dah tengok, tutup mulut!

0
153
Advertisement

FILEM paling dinanti-nantikan 2018, Avengers: Infinity War mula menemui penonton semalam.

Bagi peminat siri komik Marvel, ia adalah satu perkara besar, malah ada yang sanggup mengambil cuti hanya kerana mahu menjadi yang pertama menyaksikan filem itu.

Namun kemunculan segolongan peminat yang terlalu bermurah hati berkongsi intipati filem tersebut di media sosial, menimbulkan rasa kurang senang.

Garis masa di laman sosial hari ini dipenuhi dengan status tidak puas hati apabila ramai yang memuat naik spoiler sejak malam tadi.

Tindakan itu disifatkan ramai sebagai mementingkan diri sendiri, malah ramai yang berpendapat mereka yang memuat naik spoiler ke laman sosial adalah golongan yang sengaja mencari populariti semata-mata.

Hasilnya, netizen bersatu hati mewujudkan hashtag #ThanosDemandYourSilence, satu kempen untuk menggalakkan penonton ‘menutup mulut’ selepas selesai menontonnya.

Avengers: Infinity War, terbitan Marvel Studios, merupakan filem ketiga dari siri Avengers ini merupakan filem ke-19 dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here