The Gunners tewas penalti

0
112
Advertisement



ARSENAL yang berwajah baharu melupakan seketika kontroversi Mesut Ozil untuk beraksi cemerlang sebelum tumbang 1-3 menerusi penentuan penalti kepada juara Liga Europa, Atletico Madrid dalam aksi pra-musim, di sini sebentar tadi.

Ozil, yang ‘mencipta’ kacau-bilau apabila memilih untuk bersara daripada tugasan antarabangsa bersama Jerman atas dakwaan perkauman, direhatkan selepas berakhir Piala Dunia tatkala pemain berusia 17 tahun, Emile Smith Rowe mencuri tumpuan.

Selepas Luciano Vietto membuka tirai jaringan buat Atletico, Smith Rowe kembali mengikat perlawanan yang menjadi gol sulungnya di peringkat senior di hadapan pengurus baharu Unai Emery untuk perlawanan berkesudahan 1-1.

Di bawah peraturan Piala Juara-Juara Antarabangsa, perlawanan akan terus ke penentuan penalti dengan penjaga gol gantian Atletico, Antonio Adan cemerlang menepis tiga sepakan penalti sebelum menyudahkan percubaan terakhir.

Pada aksi berkenaan, kedua-dua pasukan tidak menurunkan barisan pemain utama, namun Arsenal lebih menguasai permainan di babak pertama sebelum dikejutkan dengan jaringan pembukaan hanya empat minit sebelum menuju separuh masa.

Jaringan itu berpunca daripada hantaran lintang Angel Correa yang pantas ditanduk masuk Vietto untuk bola itu lambung melepasi jangkauan penjaga gol baharu Arsenal, Bernd Leno.

Penjaga gawang Jerman itu diturunkan dalam kesebelasan utama menggantikan Petr Cech, tetapi dia tidak perlu bekerja keras ketika corak permainan tekanan tinggi Emery menyaksikan Atletico lebih banyak berkampung di kubu sendiri.

Tiga peluang keemasan penyerang Perancis, Alexandre Lacazette turut dinafikan termasuk satu layangan badan menarik oleh Jan Oblak hasil gerakan Smith Rowe.

Tetapi Arsenal akhirnya memecahkan kebuntuan hanya dua minit bersambung babak kedua apabila Smith Rowe berjaya melencongkan bola ke penjuru gawang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here