'The Shape of Water' dahului pencalonan Oscar

0
9
Advertisement

KUALA LUMPUR : Nukilan sutradara, Guillermo del Toro berjudul ‘The Shape of Water’ berkisar seorang wanita yang jatuh cinta dengan makhluk aneh mendahului pencalonan Anugerah Oscar 2018 selepas tercalon dalam 13 kategori termasuk Filem Terbaik. 

‘The Shape of Water’ akan bertanding dengan filem, “Call Me By Your Name,”, “Darkest Hour” dan “Dunkirk,” “Get Out,” “Lady Bird,” “Phantom Thread,” “The Post” dan “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri” dalam kategori Filem Terbaik.

Siapa yang bakal meraih trofi ‘Filem Terbaik’ dalam majlis penganugerahan yang bakal berlangsung di Hollywood pada 4 Mac nanti?

Setakat ini, “The Shape of Water” turut berjaya meraih pencalonan melalui beberapa kategori utama termasuk, Pengarah Terbaik. Sally Hawkins yang merupakan pendokong utama “The Shape of Water” turut disenaraikan dalam kategori Aktres Terbaik.

Hawkins bakal berentap dengan Hollywood Favourite, Meryl Streep dan Frances McDormand dalam kategori Aktres Terbaik.

“Dunkirk”, terbitan Warner Bros mendapat pencalonan kedua tertinggi dengan lapan pencalonan, termasuk untuk pengarahnya, Christopher Nolan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here