Thomas rampas jersi kuning

0
179
Advertisement



GERAINT Thomas menegaskan dia akan membantu rakan sepasukan Sky, Chris Froome mencipta rekod kemenangan kelima dalam perlumbaan berbasikal Tour de France walaupun menampilkan kehebatan sendiri dengan merampas jersi kuning, semalam.

Sehari selepas melihat peluangnya mendahului perlumbaan terganggu dengan taktik Sky, Thomas membuktikan dia mampu menjuarai acara Grand Tour dengan kayuhan hebat pada pendakian terakhir peringkat 11 apabila dia mengatasi pencabar dan rakan dari Sepanyol, Mikel Nieve (Mitchelton) pada saingan terakhir ke garisan penamat.

Ia kemenangan kedua buat pelumba Wales itu dalam Tour, selepas kejayaan pada ujian masa tahun lalu yang menyaksikan dia memakai jersi kuning selama empat hari dan melepaskannya pada peringkat sembilan.

Ketika Thomas mula “bermimpi,” perdebatan masih berterusan mengenai siapakah pemimpin pasukan itu, sama ada Froome atau Thomas dengan pasukan itu menang lima perlumbaan terakhir saingan berbasikal terbesar di dunia itu.

Froome masih segar selepas menjuarai Giro d’Italia dan selepas menang Vuelta e Espana 2017 dan di Perancis dia menyasarkan kejayaan Grand Tour keempat dan kejayaan berganda pertama Giro d’Italia-Tour de France sejak 1998 yang dilakukan Marco Pantani dari Itali.

Thomas, bekas pelumba trek, terbukti adalah pemenang peringkat perlumbaan dan tidak pernah berkedudukan podium pada saingan tiga minggu Grand Tour.

“Jelas, Froome adalah ketua. Dia menang enam Grand Tours dan bagi saya, ia tidak diketahui,” kata Thomas.

“Froome tahu bagaimana untuk menang perlumbaan tiga minggu. Froome masih ketua.

“Bagi saya, apa saja yang berlaku ketika ini, ia menjadi Tour yang berjaya. Ia perasaan yang hebat untuk menang peringkat dan merampas jersi ini.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here