Three Lions dicabar tumbangkan pasukan gergasi

0
198
Advertisement



DAN Ashworth mencabar barisan wira England untuk membuktikan mereka antara skuad terbaik dunia dengan menewaskan pasukan utama.

Pengarah Teknikal FA England itu menegaskan anak-anak buah Gareth Southgate masih belum boleh berasa selesa dan bangga hanya kerana sudah mara hingga ke separuh akhir di Russia.

Ashworth, 47, berkata: “Kami perlu menewaskan negara-negara pencabar utama dunia. Kami sudah mengatur pertemuan menentang pasukan seperti Jerman, Brazil, Perancis, Itali dan Sepanyol serta semakin hampir untuknya.

“Jadi menewaskan mereka adalah cabaran yang baik. Pada tahap yang profesional, perjuangan dikira berakhir saat anda melepaskan pedal minyak dan kami perlu memastikan kaki kami sentiasa menekan pedal apabila kembali untuk pertemuan menentang Sepanyol dan Switzerland.”

Mengulas mengenai persembahan England di Russia, Ashworth berkata: “Kami perlu memastikan prestasi ini kekal selama mungkin. Saya berharap dan percaya ia bukan semata-mata terjadi sekali dan saya turut gembira dengan cara Gareth dan pasukan berhubung dengan media serta orang ramai.

“Kami akan mengharungi aksi Euro lagi dua tahun dan kami mahu ia menjadi parti paling sempurna buat England, tetapi apa pun kami terlebih dulu perlu melayakkan diri.”

Ashworth turut melaungkan keyakinan betapa Southgate akan terus kekal membimbing England selepas ini, malah beliau tidak terkejut sekiranya ada kelab yang akan cuba memancing khidmat pengendali Three Lions itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here