'Three Lions masih perlukan Sterling'

0
361
Advertisement



MOSCOW: Raheem Sterling kerap diselubungi kontroversi pada kempen Piala Dunia di Russia namun jurulatih, Gareth Southgate menekankan pemain itu tetap “penting” kepada skuad England.

Sterling bermain dalam empat daripada lima perlawanan England sebelum skuad itu mara ke separuh akhir, namun pemain itu masih gagal mengakhiri kemarau gol sejak Oktober 2015.

Pemain berumur 23 tahun itu hanya menjaringkan dua gol daripada 42 penampilannya buat England ketika menentang Lithuania dan Estonia, jauh berbeza berbanding rekodnya di peringkat kelab bersama Manchester City.

Dalam musim keduanya di bawah Pep Guardiola, Sterling mencatat kejayaan terbaik dalam kariernya apabila menjaringkan 23 gol daripada 46 penampilan bersama Manchester City bagi menjulang gelaran Liga Perdana.

Namun kehebatannya itu tidak kelihatan pada Piala Dunia, dengan peluang terbaiknya adalah ketika membenam cabaran Sweden 2-0 pada pusingan suku akhir.

“Saya rasa Raheem adalah penting kepada cara permainan kami. Pergerakannya, kedudukannya, cara dia mengawal bola, kerja yang dilakukannya buat pasukan, dengan sepakan bebas yang terbaik daripadanya, sepakan sudut, kepantasannya juga membantu pasukan,” kata Southgate.

“Dia menjadi ancaman kepada Sweden (suku akhir). Sudah tentu dia tidak menjaringkan gol yang mana dia mahukan tetapi bagi saya dan pemain lain, dia memainkan peranan penting sepanjang masa dia bermain.” – AFP

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here