Tiada isu ganti Fathia, itu mungkin kebetulan rezeki saya – Zahirah Macwilson

0
33

PELAKON Zahirah Macwilson mengakui tidak mempunyai tekanan apabila dipilih menggantikan Fathia Latiff untuk memegang watak utama dalam drama La Luna.

Menurut Zahirah, dia menganggap itu merupakan rezeki yang diberikan kepadanya dan tidak mahu memandang kontroversi sebagai satu masalah.

“Bagi saya itu merupakan kebetulan dan rezeki yang telah ditentukan lagipun buat masa sekarang saya baru saja habis penggambaran drama Duda Pujaan Dara.

“Saya tak tertekan untuk menggantikan Fathia kerana saya suka watak yang diberikan dan jalan ceritanya juga amat menarik.

“Saya juga tidak fikir langsung pasal kontroversi kerana itu adalah kerja dan tanggungjawab yang telah diberikan .

“Peminat juga memberi komen positif di media sosial apabila mengetahui saya menggantikan Fathia dan terpulang pada orang untuk bandingkan lakonan kami berdua,” katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Menari seksi: Fathia Latiff mengaku malu

BACA: Kenapa menari macam ni? Dalam drama pegang tangan pun tak nak – Michael Ang

Terdahulu, pelakon utama drama tersebut iaitu Fathia Latiff telah digugurkan kerana dikatakan berpunca daripada masalah disiplin.

Malah, penggambaran babak yang membabitkan Fathia perlu dirakamkan semula.

Drama La Luna diarahkan oleh Liza Ismail dan turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Afiq Muiz dan Alisya Sandha.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here