Tiada jelmaan Prince di Super Bowl, anggap tindakan 'hidupkan' artis yang dah mati perbuatan syaitan

0
130
Advertisement

JUSTIN Timberlake terpaksa melupakan hasrat untuk berduet bersama penyanyi pujaannya Prince pada acara Super Bowl Ahad ini.

Ia selepas impiannya itu mendapat bantahan daripada rakan karib penghibur legenda itu Shiela E.

Portal hiburan terkenal TMZ sebelum ini melaporkan Timberlake akan berduet bersama Prince yang ‘dihidupkan’ kembali menerusi hologram pada acara selingan separuh masa kejohanan Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) itu.

Hasrat bekas penyanyi NSYNC itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada Shiela E menerusi posting di twitternya.

 

Shiela E kemudian mengesahkan Timberlake ada menghubunginya selepas itu bagi mendapatkan pengesahan lanjut.

Dalam temubual bersama agensi berita The Associated Press, Shiela E mendedahkan Prince pernah berkata sekiranya dia sudah tiada, dia tidak mahu dijelmakan dalam bentuk hologram atas faktor agama.

Malah penyanyi yang popular menerusi lagu purple Rain itu pernah memberitahu majalah Guitar World pada 1998, dia tidak akan sekali-kali berduet dengan penyanyi dari masa lampau kerana menganggap ia sebagai perbuatan syaitan.

Prince, pemenang lapan Anugerah Grammy, meninggal dunia pada 21 April 2016 ketika berusia 57 tahun akibat pengambilan ubat secara berlebihan.

Antara artis yang pernah dijelmakan kembali dalam bentuk hologram untuk persembahan khas sebelum ini adalah Tupac Shakur dan Roy Orbison.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here