Tiada laporan rakyat M'sia terlibat nahas di lebuh raya Madinah-Qassim

0
21



Kementerian Luar mengesahkan tiada laporan diterima daripada pihak berkuasa Arab Saudi dan ejen umrah bahawa rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Madinah-Qassim, Jumaat lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Wisma Putra berkata pihaknya, melalui Kedutaan Malaysia di Riyadh dan Pejabat Konsul Jeneral di Jeddah, akan terus memantau perkembangan penyiasatan pihak berkuasa Arab Saudi mengenai kemalangan itu, terutama yang mempunyai kaitan dengan rakyat Malaysia.

Akhbar Arab Saudi, ‘Saudi Gazette’ melaporkan enam orang terbunuh dan 81 cedera dalam kemalangan itu yang melibatkan lima buah bas.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here