Tiada larangan sepenuhnya perdagangan dengan EU – Mustapa

0
79
Advertisement

KUALA LUMPUR: Oleh kerana Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka, kerajaan tidak boleh mengenakan larangan sepenuhnya terhadap perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Namun, katanya, kerajaan boleh bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menentukan di mana untuk membeli dan menjual barangan, di tengah-tengah ancaman larangan minyak sawit oleh EU.

Mustapa berkata, larangan sepenuhnya akan menjadi rumit memandangkan terdapat banyak syarikat Eropah beroperasi di Malaysia, begitu juga sebaliknya.

“Ia (larangan sepenuhnya) akan menyebabkan berlakunya banyak gangguan kepada dunia (termasuk Malaysia) kerana terdapat banyak syarikat EU yang menjalankan perniagaan di Malaysia, termasuk dari Jerman, Belanda, Peranchis, Britain dan Sweden yang mana jumlahnya beratus.

“Bagaimanapun, apabila membabitkan pembelian oleh kerajaan, kita mempunyai 100 peratus kelebihan mengenai di mana kita hendak beli, seperti dalam pembelian peralatan pertahanan. Begitu juga bagi syarikat berkaitan kerajaan,” katanya selepas marasmikan pelancaran Sidang Kemuncak Pengoperasian Perladangan dan Kecemerlangan Produktiviti Sime Darby, di sini, hari ini.

Berkenaan sektor swasta, Mustapa berkata, oleh kerana Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka, kerajaan tidak dapat mengawalnya.

Cadangan mengenakan sekatan perdagangan terhadap EU dikemukakan berikutan tindakan Parlimen EU pada bulan lalu untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel menjelang 2021

Setakat ini, Peranchis, Sweden dan majoriti ahli Parlimen Eropah dari United Kingdom (terutamanya dari Parti Konservatif) menentang resolusi minyak sawit EU.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here