Tiada pembuangan pekerja Petronas tahun ini

0
139
Advertisement

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) tidak mempunyai sebarang perancangan terperinci untuk mengurangkan saiz tenaga kerjanya tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, setakat 2017, Petronas dianggarkan telah menamatkan perkhidmatan lebih 2,000 pekerja sebagai sebahagian daripada ‘Projek Kaktus’, inisiatif rasionalisasi kos berikut kejatuhan harga minyak pada 2014.

“Tiada apa yang istimewa tahun ini. Kami ada proses untuk mengendalikan kakitangan yang berprestasi kurang memuaskan seperti biasa,” katanya sewaktu mengumumkan keputusan kewangan syarikat itu untuk suku keempat 2017.

Beliau bagaimanapun berkata, prestasi memberangsangkan Petronas tahun lalu membolehkan syarikat itu untuk terus berbelanja bagi mengembangkan perniagaannya tahun ini.

“Tahun lalu kami membelanjakan RM44.5 bilion untuk perbelanjaan modal. Tahun ini, kami merancang untuk meningkatkan angka itu kepada sekitar RM55 bilion,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here