Tiada perlumbaan F1 di Sepang!

0
317
Advertisement



PERLUMBAAN Formula Satu (F1) di Litar Antarbangsa Sepang (SIC) tidak akan ‘dihidupkan semula’ berikutan penganjurannya membabitkan belanja yang tinggi.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kerajaan bercadang memberi tumpuan terhadap sukan perlumbaan motor, sejajar hasrat ingin mentransformasikan SIC sebagai hab sukan permotoran negara dan bandar sukan permotoran.

“Buat masa ini, F1 tidak menjana pendapatan dan kosnya teramat tinggi setiap tahun.

“Kerajaan perlu mengeluarkan AS$50 juta (RM203.74 juta) hingga AS$70 juta (RM285.24 juta) untuk menampung kos Formula One sebelum ini.

“Pada peringkat awal diasaskan, ia teramat baik kerana hanya ada satu dua litar di Asia.

“Bilangan penonton sangat tinggi tetapi sekarang Singapura, Dubai dan Abu Dhabi sudah ada (litar). Kos mencecahAS$70 juta (RM285.24 juta), awal dulu AS$12 juta (RM48.90 juta) tetapi pendapatan menurun,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Syed Saddiq berkata, barisan kepemimpinan SIC dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan memberi penekanan terhadap sukan permotoran dua roda seperti Moto2, Moto3 dan MotoGP.

Katanya, perlumbaan MotoGP akan berlangsung bulan depan ini dan jualan tiketamat menggalakkan

“Jualan tiket bagi corporate box (ruang korporat) hampir penuh dan ini menjana pendapatan teramat tinggi.

“Visi ini diharap bukan saja melahirkan pelumba tetapi juga mencipta rangkaian seperti jurutera, perisian dan pindahan teknologi melalui MotoGP,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here