Tiada permohonan nikah daripada Fattah Amin & Fazura – Jabatan Agama Islam

0
24

“KAMI tidak menerima sebarang permohonan nikah daripada mereka (Fattah Amin dan Fazura),” demikian kata jurucakap Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) mengenai spekulasi nikah pasangan pelakon tersebut.

Tambah Jurucakap PAID Petaling lagi, untuk pasangan yang hendak melangsungkan pernikahan permohonan itu perlu dikemukakan kepada pejabat agama Islam daerah di mana seseorang itu bermastautin.
 
Bagaimanapun katanya, tiada permohonan nikah diterima daripada artis berkenaan.

BACA: Fattah, Fazura berangkat menunaikan umrah, minta peminat doakan
 
“Sehingga hari ini (semalam) kami tidak menerima sebarang permohonan nikah daripada mereka.
 
“Kita pun ada dengar mengenainya (spekulasi kedua-dua pelakon itu bernikah) namun setakat ini tiada apa-apa permohonan lagi,” katanya.
 
Kedua-dua pelakon itu didakwa bernikah pada malam Rabu lalu pada satu majlis tertutup di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya.

 
Fattah dan Fazura kini berada di Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah bersama keluarga terdekat.

Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 23 November ini dan akan mengadakan sidang media selepas itu.
 
Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.
 
Hubungan rapat antara Fazura dan Fattah Amin terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella.
 
Sejak itu timbul gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Sumber: Harian Metro

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here