Tiada petunjuk kehilangan anak

0
58



Shah Alam: Ibu remaja perempuan, Aina Sakinah Mohd Noor Azmi, 19, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu buntu apabila masih tiada petunjuk berhubung kehilangan anak gadisnya itu.

Misriah Mohamad Sani,
44, yang dihubungi Harian Metro berkata, usaha
mencari anaknya masih giat dijalankan dan dia berharap Aina Sakinah berada dalam keadaan selamat.

Media sebelum ini melaporkan kehilangan remaja terbabit yang didapati hilang ketika ibunya mahu mengambil salah seorang anaknya, Mariam Adawiyah, 10, pulang dari sekolah berdekatan rumah mereka di Seksyen 17, di sini.

Misriah berkata, Aina mengambil alih menjaga adik-adiknya kerana dia terpaksa bekerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here