Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa kejadian tembak di Perancis

0
35

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian tembak di Avignon, sebuah bandar raya di selatan Perancis pada Ahad.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di alamat 2 Bis Rue Benouville, 75116 Paris, Perancis atau menghubungi talian +33145531185 atau emel [email protected]

Menurut laporan, lapan orang cedera dalam kejadian itu, yang berlaku di luar Masjid Arrahma di bandar raya itu pada 10.30 malam.

Wisma Putra juga mengutuskan ucapan simpati yang amat mendalam kepada mangsa kejadian itu.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here