Tiba masa 1MDB, 'bukan lagi rahsia' – TI-M

0
309
Advertisement

KUALA LUMPUR: Transparency International – Malaysia (TI-M) menyambut baik tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendeklasifikasi laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Sebelum ini, laporan 1MDB diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh pentadbiran tanpa mengendahkan gesaan TI-M untuk mengeluarkan laporan itu dan dibentangkan di Parlimen sejak 2016.

Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan Tun Mahathir itu akan membolehkan rakyat memperoleh dapatan terkini berhubung laporan 1MDB dan pihak yang terbabit dalam skandal bernilai berbilion ringgit itu.

Menurut TI-M dalam satu kenyataan di sini hari ini, skandal 1MDB itu telah menjejaskan imej Malaysia dan kedudukan negara dalam capaian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menurun kepada kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding 55 pada 2016.

BACA: LAPORAN 1MDB BUKAN LAGI RAHSIA

Menurut indeks yang dikeluarkan Transparency International (TI), ukuran skor Malaysia juga menurun dua mata kepada 47 berbanding 49 pada tahun lalu.

TI-M menegaskan kes berprofil tinggi itu perlu disiasat dengan lebih lanjut dan bukti yang membabitkan transaksi luar negara perlu mendapat bantuan dari institusi kewangan antarabangsa yang didakwa terbabit.

BACA: ‘MALAYSIA KINI TIADA PEGUAM NEGARA – TUN M

Maklumat dari laporan Peguam Negara itu juga boleh digunakan oleh pihak berkuasa yang terbabit dalam siasatan 1MDB.

Semua yang terbabit dalam skandal itu juga perlu di bawa ke muka pengadilan, kata Akhbar lagi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan laporan 1MBD bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Tun Mahathir turut mengesahkan beliau sudah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang diklasifikasikan di bawah OSA.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman barisan kabinet di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here