"Tidak mahu berpisah kerana orang ketiga"- Janji Aeril Zafrel kepada Wawa Zainal

0
248
Advertisement

UCAPAN pelakon Aeril Zafrel kepada isterinya, Wawa Zainal sempena ulang tahun perkahwinan keenam mereka telah membuatkan peminat tersentuh dan kagum.
 
Aeril telah berkongsi ucapan istimewa tersebut disertai foto percutian mereka sekeluarga di Seoul, Korea menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut Aeril menyatakan rasa bersyukur kerana diberi peluang dan kekuatan untuk membimbing keluarganya.

“Alhamdulillah sudah 6 tahun perkahwinan kami. Terima kasih isteri kerana memberikanku kekuatan untuk terus menjaga dan mengetuai nakhoda ini.

“Aku ingin hubungan kita di dunia ini berakhir dengan bahagia, berpisah bukan kerana orang ketiga atau kerana perbezaan. 

“Tetapi aku ingin kita berpisah disaat aku tak lagi mampu berdiri dan bernafas untukmu,” tulisnya.

Tambah Aeril dia juga memohon agar orang ramai sentiasa mendoakan kebahagian mereka. 

Dalam pada itu, entri tersebut telah dipenuhi dengan ucapan tahniah dan peminat juga mendoakan semoga pasangan ini berkekalan hingga akhir hayat.
 

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here