Tiga kanak-kanak antara yang maut di letupan karnival

0
100
Advertisement

ORURO: Tiga kanak-kanak antara lapan yang terbunuh dalam letupan gas semasa perarakan Karnival Bolivia di Oruro, 250km di selatan La Paz.

Insiden itu turut mencederakan 40 yang lain.

Polis sebelum itu memaklumkan, enam mangsa maut sementara 28 yang lain cedera dalam letupan berkenaan.

Letupan itu berlaku di jalan raya, tidak jah dari laluan utama yang menyaksikan perarakan sejauh 4km.

Komander Polis, Romel Rana percaya letupan berpunca dari tumpahan minyak panas dan membakar hos yang bersambung dengan gas berkenaan.

Dalam pada itu, Presiden Evo Morales dalam reaksi segeranya mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat.

“Kami kesal dengan insiden (letupan) ini hingga menyebabkan kematin,” ujarnya menerusi Twitter.

Malah katanya, bantuan  akan diberikan kepada semua mangsa yang terjejas.

Oruro adalah bandar raya yang beraltitud tinggi 265,000 terletak kira-kira tiga jam perjalanan di tenggara ibu negara La Paz.

Perayaan Karnival yang terkenal di bandar itu, merupakan perayaan yang diraikan di seluruh Amerika Latin pada hujung minggu ini dan awal minggu depan, dan dijangka menarik lebih daripada 400,000 pelawat dari Bolivia dan luar negara, kata pegawai pelancongan.

Perayaan 10 hari itu melibatkan seramai 6,000 pemuzik dan ribuan penari bertopeng dan pakaian folkloric.

Ia juga diisytiharkan sebagai tapak warisan kebudayaan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here