Tiga lagi pelajar Geng 24 ditahan

0
175
Advertisement



SHAH ALAM: Susulan pelajar terlibat dalam kumpulan Geng 24, tiga lagi pelajar ditahan di sekitar Klang yang di percayai terlibat dalam kumpulan terbabit yang terdapat dalam video yang ditularkan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, semua pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan pada jam 12.40 tengah hari semalam dalam operasi yang dijalankan di sebuah sekolah.

Dengan penangkapan tiga lagi pelajar itu, jumlah kesemua suspek yang ditangkap untuk disoal siasat kerana terbabit dalam Geng 24 meningkat kepada 41 orang .

Bagaimanapun seramai 33 pelajar sudah dibebaskan dengan jaminan polis .

Lima lagi pula masih dalam tahanan reman.

SAC Fadzil berkata kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk ke pejabat peguam negara untuk tindakan lanjut.

“Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman mahkamah ke atas tiga orang ini dan mereka kesemuanya adalah pelajar sekolah dalam tingkatan 4 dan tingkatan 5,” katanya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya mengesahkan pihaknya akan memburu kesemua pelajar yang terlibat dalam kumpulan itu.

Ia susulan dua klip video yang memaparkan sekumpulan individu termasuk pelajar berpakaian sekolah berkumpul di hadapan sebuah sekolah dan dilihat melakukan kekecohan dengan membakar mercun, memegang kain rentang tertera nombor ’24’, selain memotong kek yang mempunyai lakaran gambar beserta tulisan ‘SMK Sri Andalas 24 Apache’ tersebar di laman sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here