Tiga maut dalam serangan di pasar raya Colorado

0
23

COLORADO: Tiga orang maut dalam insiden tembakan di sebuah pasar raya di pinggir bandar Denver, Amerika Syarikat pada Rabu.

Jabatan Polis Thornton melalui akaun Twitternya mengesahkan kejadian dan memaklumkan mangsa wanita yang awalnya cedera dalam kejadian tersebut telah meninggal dunia di hospital.

“Ramai mangsa yang terlibat dalam insiden ini dan kami masih cuba memastikan keadaan mereka,” kata Pegawai Polis Thorton, Victor Avila.

Tambahnya, premis berkenaan telah dikosongkan apabila pelanggan dan pekerja pasar raya bertindak melarikan diri ekoran kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here