Tiga maut helikopter terhempas atas rumah

0
26
Advertisement

NEWPORT BEACH: Tiga maut selepas sebuah helikopter terhempas ke atas sebuah rumah berhampiran Lapangan Terbang Southern California. 

Dua lagi dilaporkan cedera apabila helikopter jenis Robinson R44 itu jatuh ke atas sebuah rumah di Newport Beach kira-kira jam 1.45 pagi Selasa.

Ketua Unit Bomba Newport Beach, Chip Duncan berkata belum dapat dipastikan sama ada mereka yang maut adalah penumpang helikopter berkenaan.

Seorang saksi memberitahu bahawa dia melihat juruterbang yang cedera parah tercampak ke atas rumput dan terdapat tiga yang lain di dalam bangkai helikopter.

Tiada kebakaran dan tidak jelas sama ada rumah berkenaan berpenghuni.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengatakan bahawa helikopter berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang John Wayne.

Lapangan terbang itu berada kira-kira 1.6 kilometer dari tapak kemalangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here