Tiga pelajar Malaysia disoal siasat polis Manchester

0
44



KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan ada menerima laporan tentang tiga pelajar Malaysia yang telah ditahan oleh polis Manchester.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan pelajar-pelajar berkenaan telah dibawa ke Balai Polis Longsight di Manchester untuk disoal siasat jam 5.40 petang waktu tempatan.

Mereka kemudian dibebaskan jam 9 malam waktu tempatan.

“Warganegara Malaysia yang menetap di sekitar kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan,” kata Wisma Putra.

Dalam pada itu, warga Malaysia di sekitar kawasan itu turut juga dinasihatkan untuk melaporkan diri dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here