Tiga suspek serangan bom ditahan

0
57



POLIS Indonesia menahan tiga suspek hari ini, berhubung serangan bom berkembar di sebuah terminal bas di bandar raya ini yang menyebabkan tiga anggota polis terbunuh.

Dua suspek berkenaan ditahan di Bandung manakala yang ketiga di Cimahi.

Jurucakap polis tempatan, Yusri Yunus, berkata rumah ketiga-tiga lelaki itu turut diselongkar.

“Kami menangkap tiga orang dengan serangan bom di terminal bas Kampung Melayu malam Rabu lalu. Mereka ditahan di lokasi berbeza petang semalam,”  kata Yusri.

Menurutnya, polis menemui beberapa senjata tajam dalam serbuan di rumah suspek.

Yusri yang enggan mendedahkan bagaimana ketiga-tiga lelaki yang ditahan itu disyaki terbabit dalam serangan berkenaan, berkata keterangan daripada beberapa saksi membawa kepada penahanan mereka.

Polis sebelum ini berkata, mereka percaya Daish mempunyai hubungan dengan serangan itu tetapi tidak memberi butir lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here