Tiga terbunuh bom meletup di pasar di Yala

0
16
Advertisement

YALA: Tiga orang disahkan terbunuh manakala sekurang-kurangnya lapan cedera setakat ini apabila sebutir bom meletup di sebuah pasar di wilayah bergolak Yala, selatan Thailand hari ini.

Ketua Polis Yala Mej Jen Krisada Jandee yang mengesahkan kejadian itu berkata, insiden berlaku di Pasar Pimonchai yang terletak di tengah-tengah bandar Yala ketika pelanggan sedang sibuk membeli barangan keperluan.

“Dua daripada mangsa terbunuh di tempat kejadian, manakala mangsa ketiga pula maut ketika di hospital,” katanya kepada pemberita hari ini. Bilangan mangsa yang cedera dijangka meningkat.

Pergolakan bersenjata di selatan Thailand terutamanya di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat bermula awal tahun 2000 sehingga kini telah menyebabkan lebih 7,000 mangsa terbunuh manakala ribuan lagi cedera. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here