Tiket konsert Sheila Majid laris

0
56


DATUK Shiela Majid pada sidang media mengenai konsert solonya pada pada 5 Ogos depan di Stadium Negara, di Hotel Double Tree By Hilton. – Foto Nik Hariff Hassan

KUALA LUMPUR: Jualan tiket konsert ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid, mendapat sambutan menggalakkan apabila dua kategori masing-masing bernilai RM888 dan RM388 habis disambar peminat selepas sebulan.

Persembahan mega diberi nama Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 itu dijadualkan berlangsung pada 5 Ogos depan di Stadium Negara.

Walaupun teruja dengan perkembangan berkenaan, Sheila mengaku beliau sedikit tertekan memikirkan perkara itu.

“Saya bersyukur kerana mempunyai peminat terbaik di dunia. Situasi ini bagaimanapun sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada saya kerana sudah tentu mereka mengharapkan yang terbaik selepas sekian lama tidak mengadakan konsert di tanah air sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan penaja konsert yang dianjurkan oleh IME Productions (M) Sdn Bhd, hari ini.

Sheila, 52, turut memberitahu, pada konsert itu nanti beliau akan menggayakan empat persalinan termasuk gaun labuh yang menjadi identitinya hasil rekaan pereka terkenal, Michael Ong.

“Saya sudah bekerjasama dengan Michael sejak 1985 lagi dan saya sangat sukakan hasil kerjanya yang teliti,” katanya yang baru saja muncul dengan album terkini, Boneka.

Kali terakhir penyanyi Sinaran ini mengadakan konsert di lokasi ikonik berkenaan adalah pada 1999 menerusi konsert Mega Tour 99 Sheila Majid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here