Tikus dipaksa teguk wain, dibakar sampai mati kerana 'mencuri'

0
17

Seekor tikus dipaksa meneguk wain kemudian disiram alkohol dan dibakar kerana dipercayai mencuri sekeping roti oleh seorang lelaki di China.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Mr. Shi, mengikat tikus berkenaan dan turut merakam perbuatan kejam tersebut.

Menurut laporan Mirror.co.uk, video berdurasi 20 saat itu dirakam dengan jelas menunjukkan dia bergelak ketawa bersama rakannya sewaktu mendera tikus itu.

Mr. Shi kemudiannya menggunakan pemetik api untuk membakar tikus itu sehingga mati.

Trend mengikat, mendera dan membakar tikus yang ditangkap kerana mencuri telah menjadi tular sejak kebelakangan ini.

Awal bulan ini, seorang lagi lelaki dipercayai mengikat dan memukul tikus menggunakan kayu pemukul kerana mencuri nasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here