Tillerson serah cadangan selesai krisis Qatar

0
45


REX Tillerson (tiga dari kiri) bertemu dengan Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani (kanan) di Doha, Qatar.

DOHA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson menyelesaikan lawatan ke beberapa negara Teluk untuk meredakan krisis di rantau itu dengan menyampaikan beberapa cadangan penyelesaian.

Pertemuan terakhir Tillerson ialah dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani dan ia adalah pertemuan kedua dengan pemimpin itu, dalam tempoh dua hari.

“Saya merasakan kunjungan ini banyak membantu dan kami membincangkan bagaimana menyelesaikannya.

“Kami cuba memahami situasi yang berlaku, termasuk remosi beberapa isu yang berbangkit.

“Kami mencadangkan beberapa dokumen kepada kedua-dua pihak dan menggariskan beberapa kaedah untuk menyelesaikan perkara ini,” kata Tillerson kepada pemberita selepas meninggalkan Doha.

Tillerson bertemu dengan kedua-dua pihak, termasuk Kuwait yang bertindak sebagai orang tengah dalam kalangan negara Arab terbabit, sejak dua hari lalu.

“Saya berpendapat wujud kerelaan untuk sekurang-kurangnya berbincang secara terbuka antara satu sama lain dan ia tidak begini sebelum kehadiran kami (Amerika Syarikat),” katanya.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain menuduh Qatar menyokong Ikhwanul Muslimin, sebuah pergerakan Islam yang menjadi cabaran terbesar kepada pemerintah Arab.

Ikhwanul Muslimin memainkan peranan dalam kebangkitan di seluruh Asia Barat dan Afrika Utara.

Qatar turut dituduh melindungi beberapa tokoh utama pergerakan itu, termasuk salah seorang pemimpinnya, iaitu Yusuf al-Qaradawi.

“Mengenai Ikhwanul Muslimin, kami mempunyai pendapat sama mengenainya. Wujud pendapat berbeza mengenainya dan ia tidak jauh berbeza dengan pandangan Amerika Syarikat,” kata Tillerson.

Sebelum itu, beliau memeterai satu perjanjian di antara Amerika Syarikat dan Doha mengenai penyaluran dana kepada pengganas dalam usaha meredakan krisis itu, namun pembangkang Qatar memaklumkan usaha itu tidak cukup meredakan kebimbangan mereka. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here