Timbalan pengerusi DAP Sabah digantung jawatan

0
29



DAP menggantung jawatan timbalan pengerusi Sabah Dr Edwin Bosi untuk tempoh tiga bulan, berkuat kuasa semalam.

Langkah itu diambil susulan aduan jawatankuasa DAP negeri yang mendakwa Edwin merosakkan imej parti melalui kenyataan-kenyataan medianya.

Jawatankuasa disiplin parti itu berkata terdapat bukti Edwin berulang kali membuat kenyataan terbuka yang mengugut untuk melompat parti atau menjadi calon bebas jika tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum.

Setiausaha jawatankuas itu Tai Sin Pau dalam surat penggantungan berkata Edwin juga berulang kali menyebut hilang kepercayaan kepada tonggak DAP negeri Stephen Wong dan menuduhnya menunjukkan kepimpinan yang lemah.

“Tindakan-tindakan kamu bukan hanya melemahkan kepimpinan DAP Sabah tetapi juga merosakkan imej dan reputasi parti serta mendedahkan parti kepada kritikan yang tidak adil,” katanya.

Edwin dikatakan berminat untuk menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) yang diketuai anggota parlimen Tamparuli Wilfred Bumburing.

Edwin tahun lalu menafikan mahu keluar atau melompat parti. Beliau ketika itu didakwa mahu melompat ke Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) atau Parti Bersatu Sabah (PBS).

[Baca berita asal]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here