Time Out London letak Singapura destinasi paling bosan, ini balasan Singapore Tourism Board

0
158
Advertisement

SINGAPURA: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) mempunyai cara tersediri untuk memberi maklum balas terhadap laporan kaji selidik majalah gaya hidup Time Out London yang meletakkan kota itu sebagai antara yang paling bosan di dunia.

STB telah membalas laporan itu dengan menghasilkan video yang secara sarkastik mengiyakan bahawa “There is nothing exciting to do.” (Tiada yang mengujakan untuk dilakukan).

Indeks Kehidupan Kota 2018 dalam majalah itu, yang diterbitkan minggu ini, meletakkan Singapura di tangga ke 31 dalam 32 bandar raya, dengan hanya satu tangga di atas Istanbul.

Hasil kaji selidik itu didapatkan daripada maklum balas daripada lebih 15,000 orang.

Chicago mendahului senarai tersebut, diikuti Porto di Portugal dan bandar raya New York, yang mendapat markah tinggi dari aspek makanan, minuman, budaya, kemesraan, kemampuan, kebahagiaan dan kehidupan.

Singapura dipuji kerama perkhidmatan pengangkutan awam dan keselamatan, namun gagal menarik perhatian dari dari faktor seni dan budaya.

Hanya 17 peratus responden yang mengulas: “Ada saja sesuatu yang boleh dilihat dan dibuat.”

Bagaimanapun, laporan kaji selidik itu adalah secara rawak, hanya melibatkan 32 buah kota, dan tidak disertai banyak bandar raya utama dunia yang lain.

Secara amnya, ia menunjukkan 32 buah bandar raya itu yang diletakkan dalam satu kelompok. Bagaimanapun, Singapura seperti tidak berpuas hati dengan kedudukan itu.

Sebagai balasan, STB memuat naik video berdurasi 56-saat di laman Facebooknya, dengan dimulakan dengan pengakuan sinikal “Singapore is boring … there is nothing exciting to do.” (Singapura memang bisan… tiada yang menyeronokkan untuk dilakukan).

Dalam video itu, latar tarikan seperti pertunjukan bunga api di tengah kota, Universal Studios Singapore, perlumbaan Formula One, Musium Artscienc, serta aktiviti terjunan bungee kendalian AJ Hackett di Pulau Sentosa dipaparkan.

“Ya, Time Out London, kami agak ‘tidak mengujakan’,” kata paparan video itu sambil diteruskan dengan visual pelbagai makanan tempatan, termasuk hidangan ayam bertaraf Michelin yang hanya berharga 2 dolar di Chinatown, bersama kapsyen: “Semuanya mahal.”

Pengarah Kandungan Digital STB, Terrence Voon, berkata: “Kami menghasilkan respons yang ringan ini untuk menunjukkan kepada umum apa yang Singapura tawarkan.”

Ini bukan pertama kali Singapura ‘terasa’ lalu memberi respons kepada perspektif yang ‘tidak betul’ dan tidak memihak kepada imej negara itu.

Pada April lalu, ia memuat naik gambar-gambar ke media sosial untuk menafikan ketidaktepatan geografi dan fakta seperti yang dipaparkan dalam episod program televisyen terbitan CBS, Criminal Minds, yang mengetengahkan zon ‘lampu merah’ Geylang sebagai ‘sisi gelap di destinasi syurga’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here