Times Up: Kuasa dan wanita Hollywood bersatu perangi jenayah seksual

0
81
Advertisement

LEBIH 300 aktres, penulis dan pengarah di Holloywood, melancarkan projek bagi membantu memerangi gangguan seksual dalam industri filem dan di tempat kerja.

Inisiatif yang digelar ‘Time’s Up’ itu diumumkan dalam satu muka surat penuh di New York Times.

Projek itu juga digambarkan sebagai ‘panggilan solidariti demi perubahan kepada wanita dalam dunia hiburan dan dimana-mana.” Ia menyusul selepas tuduhan penderaan seksual pelakon berprofil tinggi terhadap penerbit filem, Harvey Weinstein.

Dalam surat yang diterbitkan Time’s Up memaklumkan “perjuangan ini wanita untuk bangkit dan bukan hanya untuk didengar dan ia mesti dihentikan.

Surat yang ditujukan untuk setiap wanita itu turut menekankan, wanita  perlu menepis jenayah seksual denga nmenyifatkan  gangguan seperti itu berleluasa  kerana pelaku dan majikan tidak pernah menghadapi sebarang tindakan.

Kempen yang disokong ratusan pelakon termasuk Natalie Portman, Reese Witherspoon, Cate Blanchett, Eva Longoria dan Emma Stone itu,  telah mengumpul lebih daripada AS$ 13 juta daripada sasaran AS$ 15 juta.

Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membiayai sokongan undang-undang untuk kedua-dua mangsa wanita dan lelaki yang terkena gangguan seksual di tempat kerja.

Projek ini ditujukan terutamanya kepada mereka yang tidak dapat memenuhi pembayaran untuk mempertahankan diri seperti pekerja pertanian atau kilang, penjaga dan pelayan.

Ia juga menyeru supaya “ketidaksamaan jantina dan ketidakseimbangan kuasa” ditangani sambil, menekankan perlunya lebih banyak wanita mendapat kedudukan kuasa dan keutamaan gaji.

Pada Disember, majalah Time menamakan “The Silence Breakers” – wanita dan lelaki yang tampil bercakap mengenai penderaan dan gangguan seksual – sebagai “Individu Terbaik 2017”.

Tahun lalu juga menyaksikan kebangkitan hashtag  #MeToo, yang menyaksikan pergerakan global wanita dan lelaki untuk berkongsi cerita tentang penderaan dan gangguan seksual mereka.

Ia  mendapat momentum selepas aktres Alyssa Milano menggunakan Twitter, meminta mangsa serangan seksual untuk muncul ke hadapan dalam acara solidariti.
Antara bulan Oktober dan Disember 2017, #MeToo digunakan di Twitter dan Facebook lebih daripada enam juta kali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here