Tindakan kapal perang AS provokasi serius – China

0
42


KAPAL pemusnah USS Stethem berlayar kurang 12 batu nautika dari Pulau Triton di gugusan Kepulauan Paracel yang dituntut China, Taiwan dan Vietnam. – Foto fail Reuters

BEIJING: China menyifatkan tindakan kapal perang Amerika Syarikat (AS) berlayar menghampiri sebuah kepulauan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan sebagai ‘provokasi politik dan ketenteraan serius’.

Jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang, berkata tindakan itu hanya akan memburukkan lagi hubungan antara kedua-dua negara kuasa besar dunia berkenaan.

Kapal pemusnah itu, USS Stethem berlayar kurang 12 batu nautika dari Pulau Triton di gugusan Kepulauan Paracel yang dituntut China, Taiwan dan Vietnam. Jarak itu diterima secara umum sebagai wilayah perairan dari sebuah kawasan daratan.

Operasi itu bertujuan menunjukkan hak kebebasan berlayar di perairan yang dipertikaikan, ia berlaku hanya beberapa jam sebelum satu perhubungan telefon yang dijadualkan di antara Presiden Donald Trump dan rakan sejawatannya, Xi Jinping.

Lu Kang berkata, China menghantar beberapa kapal dan pesawat tentera sebagai tindak balas.

“Kami menggesa Amerika Syarikat menghentikan operasi provokasi seumpama ini serta merta, ia melanggar kedaulatan China dan mengancam keselamatan negara ini, ” katanya.

Katanya, Beijing akan terus mengambil langkah perlu untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatannya.

Operasi kapal perang AS itu keempat sejak Trump mengambil alih jawatan, dan beberapa hari selepas pentadbiran presiden AS itu menggariskan langkah yang dilihat mungkin menjejaskan hubungan China-Amerika Syarikat.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here