Tinjau harga dulu baru beli

0
67



Kuala Lumpur: Masih awal lagi. Itu yang boleh disimpulkan berdasarkan tinjauan Harian Metro bagi persiapan orang ramai sempena Aidilfitri di beberapa kompleks beli-belah sekitar ibu kota, semalam.

Walaupun pengunjung ramai, kebanyakan mereka hanya meninjau harga barangan yang ditawarkan.

Penjawat awam, Shamsul Ridzuan Abd Mutalib, 34, berkata, meskipun berkeluarga besar, dia merasakan masih terlalu awal untuk membeli pakaian raya.

“Saya lebih suka membuat tinjauan awal untuk membuat perbandingan harga dan kualiti pakaian terlebih dulu supaya tidak menyesal apabila ada harga yang lebih murah ketika di pertengahan Ramadan.

“Masalah bekalan baju habis atau tiada pilihan saya rasa tidak berlaku kerana banyak kedai dan kompleks beli-belah yang menawarkan pakaian raya untuk keluarga dengan warna sedondon,” katanya ketika ditemui di The Curve, Kota Damansara, semalam.

Juruteknik, Ben Hisham Hashim, 40, berkata, kebiasaannya masyarakat Islam yang menyambut Aidilfitri membuat persiapan awal untuk pakaian dengan membuat tempahan.

“Bagi saya baju raya
yang ditempah kebiasaannya dibuat lebih awal iaitu sebelum Ramadan lagi. Untuk membeli siap, ramai membeli di penghujung Ramadan bagi mendapatkan harga lebih murah.

“Tetapi, bagi mereka
yang sukar mencari saiz baju atau mahukan baju berjenama yang bekalannya terhad, golongan ini akan membeli lebih awal,” katanya.

Tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India pula mendapati ramai pengunjung yang masih membuat perbandingan
dan belum bersedia untuk membeli-belah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here