Tinjauan: Najib masih di hadapan sebagai PM

0
56



Satu kajian oleh NGO berkaitan PKR, Invoke berhubung calon perdana menteri pilihan orang ramai mendapati bahawa dalam pertandingan tiga penjuru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai sedikit kelebihan berbanding pemimpin Pakatan Harapan.

Kaji selidik yang dijalankan ke atas 18,000 orang itu mendapati, 31 peratus memilih Najib, 28.5 peratus memilih calon dari HARAPAN manakala 6.1 peratus memilih Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Manakala, 34.4 peratus daripada responden berkenaan tidak menjawab.

Bagi HARAPAN, terdapat lapan calon yang disenaraikan.

Mengikut sistem negara ini, perdana menteri tidak dipilih secara langsung oleh rakyat tetapi dipilih berdasarkan parti yang mendapat sokongan atau kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

Sejak 13 pilihan raya lalu, secara konvensyen, pemimpin tertinggi Umno, parti yang menjadi tulang belakang BN menjadi perdana menteri.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden PKR dan Penyelaras Invoke, Rafizi Ramli percaya bahawa keputusan kaji selidik itu mencerminkan sentimen pengundian.

Kajian itu dijalankan dari 6 Februari – 23 Mei.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here