TNB lantik Ong Ai Lin pengarah bebas

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) melantik Ong Ai Lin sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa 1 Ogos, 2018.

Ong, 62, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Ekonomi daripada University of Leeds, United Kingdom.

Beliau merupakan Ahli Bersekutu Institute of Chartered Accountants di England dan Wales, Juruaudit Sistem Maklumat yang diperakui dan Profesional Kesinambungan Perniagaan, ahli Institut Akauntan Malaysia dan bekas Presiden Persatuan Audit dan Kawalan Sistem Maklumat, antara lainnya.

Sebelum menyertai TNB, Ong merupakan Pengarah Kanan di PricewaterhouseCoopers Malaysia dari Julai hingga Disember 2016. — Bernama

[ad_2]

Leave a Comment