'Toilet: A Love Story' ketengah isu tandas, kebersihan

0
9


– Foto http://www.deccanherald.com

NEW DELHI: Industri perfileman Bollywood beralih arah daripada kebiasaan kisah komedi romantik dipenuhi lagu dan tarian apabila mengenengahkan isu lebih serius mengenai pembuangan air secara terbuka di India, dengan tayangan filem ‘Toilet: A Love Story’.

Filem dibintangi pelakon Hindi popular, Akshay Kumar itu akan ditayangkan 11 Ogos ini dan menjadi yang pertama di dunia memberi tumpuan kepada masalah kebersihan dan tandas, dan mencabar kepercayaan sosial sekian lama mengenai pembuangan najis.

‘Toilet: A Love Story’ berdasarkan inisiatif Kempen Bersihkan India diilhamkan Perdana Menteri, Narendra Modi, untuk meningkatkan kebersihan seluruh negara itu dan masalah sebenar pembuangan air secara terbuka.

“Filem itu dijangka memberi impak besar di India, dengan trailer bagi filem berkenaan menerima lebih 25 juta tontonan dalam masa dua hari tayangannya di atas talian,” kata kenyataan dari agensi perhubungan awam filem itu, Sterling Media.

Modi memberi keutamaan kepada kebersihan sejak berkuasa pada 2014 dan menyasarkan untuk membina tandas kepada semua dan menamatkan amalan membuang air secara terbuka menjelang 2019.

Namun tugas itu bukan mudah. Kira-kira 76 juta penduduk India memerlukan sumber air dirawat dan 770 juta lagi memerlukan tandas sempurna, menurut pertubuhan WaterAid.

Berikutan itu, 68,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun meninggal dunia setiap tahun disebabkan cirit-birit yang berpunca daripada air tidak bersih dan masalah kebersihan.

‘Toilet: A Love Story’ adalah komedi satira yang mengisahkan perkahwinan Keshav lakonan Akshay Kumar dan Jaya dilakonkan Bhumi Pednekar, yang berhadapan cabaran kerana ketiadaan tandas.

Usaha mereka membina tandas di dalam rumah, yang dianggap tidak bersih mengikut amalan tradisi, segera menjadi pergelutan untuk mengubah sosial ketika berkempen mengenai fungsi tandas kepada penduduk tempatan. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here