Tokyo Metro dihentikan ketika ujian Korea Utara

0
61


TOKYO: Sistem kereta api bawah tanah utama Tokyo menghentikan perkhidmatannya selama 10 minit pagi tadi, sejurus Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu balistik.

Ia kali pertama Tokyo Metro mengambil langkah sedemikian susulan penguatkuasaan peraturan baharu bulan ini bagi menghentikan tren jika ada sebarang pelancaran peluru berpandu yang boleh menyasarkan Jepun.

Perkhidmatan itu dihentikan pada 6.07 pagi (2107 GMT) selepas pelancaran pada jam 8.30 pagi, menurut penyiar rasmi NHK.

Kira-kira 13,000 orang terjejas akibat perkhidmatan yang tergendala itu, lapor Kyodo News.

“Ia adalah keputusan pengendali perkhidmatan itu,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga, dalam satu taklimat.

Korea Utara terus melancarkan ujian peluru berpandu tanpa mempedulikan usaha bersepadu AS untuk mengenakan sekatan antarabangsa yang lebih ketat ke atasnya. Ujian itu bagaimanapun gagal. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here