Tol Batu 3, Sungai Rasau dimansuhkan tanda kemenangan rakyat Selangor – Azmin

0
83
Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan keputusan untuk memansuhkan tol Batu Tiga sebagai kemenangan kepada rakyat Selangor.

Keputusan pemansuhan tol tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, petang tadi.

“Tol ini adalah kemenangan rakyat Selangor kerana sudah bertahun-tahun rakyat Selangor bangkit dan tentang, akhirnya hari ini PM membatalkan tol dan saya ucapkan tahniah kepada rakyat Selangor,” kata Azmin ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Saksikan liputan Bajet 2018 di sini

Selain tol Lebuhraya Persekutuan Batu 3, Shah Alam, tol Sungai Rasau, Klang juga bakal dimansuhkan berkuat kuasa bermula 1 Januari tahun hadapan.

Turut dimansuhkan ialah tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link di Johor Bahru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here