Tolak dijodohkan dengan pilihan keluarga, bakal pengantin nekad bunuh diri

0
52
Advertisement

BOJONEGORO: Seorang bakal pengantin di Daerah Bojonegoro, Jawa Timur, ditemukan mati tergantung beberapa jam sebelum acara akad nikah.

Kematian tragis lelaki berusia 22 tahun itu dipercayai akibat membunuh diri kerana enggan dijodohkan dengan calon isteri pilihan keluarga.

Mangsa Angga Febriyanto yang tinggal bersama ibu dan bapanya, Tasam, 68 tahun, dan Sripah, 60 tahun, di Desa Sonorejo, Kecamatan Padangan, daerah Bojonegoro nekad menggantung diri di sebuah bilik di kediamannya.

Dalam kejadian pada Ahad sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan itu, ayah mangsa cuba mengejutkan anaknya untuk bersiap ke majlis akad nikah di rumah calon isteri, namun mangsa ketika itu ditemukan sudah tidak bernyawa.

Menurut laporan itu lagi, mangsa dipercayai sudah mempunyai kekasih dan enggan dijodohkan dengan gadis pilihan orang tuanya.

Polis, dalam pada itu, mengesahkan kejadian dan siasatan awal menunjukkan hanya kesan jerutan pada leher ditemukan tanpa kecederaan lain pada tubuh mangsa.

Mangsa, menurut laporan media yang memetik kata-kata seorang rakan mangsa, ialah seorang yang pendiam dan jarang bertegur sapa dengan jiran dan juga rakan.

Dia juga dikatakan suka menyendiri dan tidak mahu menceritakan masalah yang dihadapi.

Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here