Tolak permintaan rakan artis, Hael Husaini nafi 'demand'

0
60
Advertisement

PENYANYI Hael Husaini mengakui terpaksa menolak permintaan beberapa rakan artis yang mahukan lagu ciptaannya.

“Alhamdulillah, saya menerima banyak permintaan rakan-rakan penyanyi untuk mencipta lagu mereka. Tetapi, tidak semua yang boleh saya tunaikan, lebih-lebih lagi penyanyi yang mahukan lagu dalam masa terdekat.

“Bukan nak bersikap ‘demand’, tetapi saya memerlukan masa untuk mencipta lagu yang bersesuaian. Sejujurnya, saya tidak menyimpan lagu atau mempunyai arkib kerana semua lagu yang saya ciptakan sebelum ini memang khusus mengikut suara artis itu sendiri.

“Saya harus mengkaji dahulu kesesuaian suara penyanyi itu dan mahu menghasilkan karya berkualiti bagi terus mengekalkan momentum sebagai komposer.

“Kini, saya dalam proses akhir untuk menyiapkan lagu untuk Stacy dan Ayda Jebat. Perjalanan menghasilkan lagu mereka juga telah bermula semenjak tahun lalu dan masih belum selesai,” kata Hael yang ditemui di Malam Penghargaan Jampi di Ruang Shah Alam, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan lain, Hael bakal muncul dengan single terbaru berjudul Haram.

“Ini menjadi single kedua saya selepas Jampi. Insya-Allah, Haram bakal membawa satu kelainan dan saya janjikan ia berbeza berbanding Jampi.

“Saya memilih Haram sebagai tajuk kerana perkataan tersebut jarang digunakan dalam lagu. Namun, jika kita lihat dalam kehidupan seharian, perkataan ‘haram’ sering digunakan,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Hael & Haelers

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here