'Tolong jangan salah sangka, saya bukan dia' – Alif Satar

0
23
PENYANYI dan pelakon Alif Satar meminta orang ramai untuk tidak tersilap sangka identiti dirinya dengan penyanyi kelahiran Singapura yang berhadapan dengan kontroversi.

“Tolong jangan salah sangka, saya bukan dia,” tulis pelakon berusia 27 tahun itu menerusi akaun Instagramnya malam tadi.

Ini susulan gara-gara ada beberapa pihak mengkritik Alif Satar kerana terkeliru identiti dengan artis yang ditahan kerana mengasari isterinya yang baru 20 hari melahirkan bayi sulung mereka. 

BACA: Cederakan isteri dalam pantang, penyanyi popular ditahan

BACA: Didakwa jadi orang ketiga, Afifah Nasir tutup ruangan komen di Instagram 

Kenyataan itu kemudian viral di media sosial, dan netizen meminta orang ramai untuk tidak menjejaskan imej Alif Satar.

ALIF SATAR

Gambar Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here