Tom Holland dan cerita seluar dalam Spider-Man

0
50
FILEM terbaharu Spider-Man: Homecoming sedang heboh diperkatakan. Namun, pernahkah anda terfikir bagaimanakah situasi sebenar pendukung watak utama menyarung sut badan itu?

Cerita Tom Holland, 2, yang melakonkan watak Peter Parker kali ini, dia dipaksa memakai seluar dalam jenis ‘thong’ di sebalik sut badan Spider-Man itu.

“Perkara pertama anda perlu tahu saya perlu pakai ‘thong’ di dalam kostum tersebut dan krew produksi memberikan pakaian itu sejak hari pertama penggambaran lagi.

“Walau tidak rela, saya terpaksa membiasakan diri memakainya,” katanya dalam satu temubual bersama ShortList.

Tom berdepan detik sukar setiap kali mahu ke tandas.

“Saya perlu membuka kesemua kostum dan menyarung pakaian lain untuk ke tandas, takkanlah mahu pakai ‘thong’ sahaja untuk berjalan ke hulu hilir.

“Sesudah selesai saya perlu menyarung balik kostum itu dari awal.

“Apabila memakai sut Spider-Man saya akan senang dahaga jadi lebih keraplah saya ke tandas,” ceritanya.

Apabila menyarung kostum itu, Tom hanya boleh meminum air menggunakan satu lubang kecil pada sut itu.

Tidak hairanlah, filem Spider-Man: Homecoming telah mengutip lebih AS$257 juta (RM1.1 bilion) sejak ditayangkan Khamis lalu.

Jadi, jangan terlepas peluang menonton aksi Tom memakai ‘thong’ dalam filem terbaharu Spider-Man: Homecoming di pawagam seluruh negara.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: ShortList

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here