Torres sertai kelab Jepun

0
377
Advertisement



BEKAS penyerang Sepanyol, Fernando Torres akan menyertai kelab utama Jepun, Sagan Tosu sebagai pemain bebas selepas meninggalkan  Atletico Madrid bulan lalu.

“Kami mendapat tawaran dari setiap benua. Pasukan baru saya ialah Sagan Tosu di Jepun,” kata pemain berusia 34 tahun itu selepas mengadakan majlis di gimnasium miliknya di Madrid.

“Saya mendapat tawaran dari Perancis, Jerman dan satu dari Sepanyol namun pada tahap ini, saya tidak fikir mahu kekal di Eropah. Saya mahu cabaran yang baru serta berbeza.”

Torres menghabiskan sebahagian besar kariernya bersama Atletico, turut beraksi untuk Liverpool, Chelsea dan AC Milan serta memenangi Piala Dunia dan dua Kejohanan Eropah bersama Sepanyol.

Sagan Tosu berada di Liga J sejak 2012. Pada 2017, pasukan ini berada pada kedudukan kelapan namun kini berada dalam zon penyingkiran selepas mengharungi separuh saingan musim ini. 

Torres menjadi pemain kedua berprofil tinggi dari Sepanyol menuju ke Jepun selepas bintang Barcelona, Andres Iniesta bersetuju menyertai Vissel Kobe pada Mei.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here